Aktiviti 2 Bulan September: Pertandingan Nyanyian Teladan
September | 2015Pada 27 September 2015, satu pertandingan telah diadakan. Sepanjang tempoh pemerhatian pihak PI1M, Kg Paya, kami mendapati pengguna- pengguna PI1M, khususnya golongan muda seperti kanak-kanak sangat gemar mendengar lagu sambil membuat kerja mereka di komputer. Oleh itu, satu idea timbul untuk melihat sendiri mereka menyanyikan lagu yang disukai. Syarat pertandingan ini adalah, para peserta harus memilih satu lagu tidak kira di dalam apa jua bahasa. Tetapi, jika mereka memilih lagu Melayu, haruslah menukar lirik yang berunsurkan teladan. Lain pula jika mereka memilih lagu Inggeris atau selain daripada itu. Mereka dibenarkan untuk menterjemahkan terus maksud daripada bahasa lain kepada bahasa Melayu. Objektif utama pertandingan ini adalah menerapkan nilai-nilai murni dengan penyampaian lagu berunsur nasihat yang telah dipilih sendiri.
Pertandingan terbuka kepada semua pengguna PI1M, Kg Paya. Syarat pertandingan adalah mereka hanya dibenarkan untuk menyampaikan persempahan Nyanyian Teladan sama ada secara solo atau duet.
Selain itu, setelah peserta-peserta telah membuat persembahan, satu aktiviti kejutan telah dijalankan iaitu dengan menyuruh setiap penonton untuk menyampaikan satu ucapan nasihat kepada mereka yang hadir
Para pemenang bersama hadiah mereka dan juga penonton yang hadir bagi memberi sokongan kepada para peserta. Terima kasih kerana menjayakan pertandingan ini.
Berikut merupakan aktiviti tambahan sebelum bermulanya pertandingan. Aktiviti ini adalah dinamakan kotak beracun.
kembali ke halaman utama